Menyelusuri
sejarah perkampungan di pinggir sungai ini, ada
sesuatu yang sukar disingkirkan dari lipatan sejarah. Tidak ramai
yang tahu di manakah letaknya kampung Bandar tersebut. Mungkin ada rakyat negeri
Selangor sendiri yang terpinga2 apabila ditanyakan tentang
lokasinya.
Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja perkampungan kecil yang amat
bersejarah ini.
Kampung Bandar dan Jugra yang berkaitan rapat dalam sejarah Selangor ini,
terletak di daerah Kuala Langat, lebih
kurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Menurut
buku Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, kawasan Jugra ini telah wujud sejak
zaman Sultan Mansur Syah di Melaka
lagi di mana Bendahara Perak yang terkenal di Melaka ketika itu juga merupakan
berasal dari Klang, Selangor
iaitu tidak jauh dari Banting.
Rumah Api di Bukit
Jugra
Lokasi
Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan dengan muara Sungai
Langat. Dahulunya
ia merupakan pusat pentadbiran Negeri Selangor selepas dipindahkan
dari Kuala Selangor, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan akhirnya kekal di
Shah Alam sehingga kini. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal2 yang
memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi
perdagangan. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa keluar bijih timah dari
daerah Selangor akan
melalui Sungai Langat dan membayar cukai di sini.
Kedudukannya strategik kerana berhampiran laut di perairan Selat melaka dan
ingin di majukan
sebagai sebuah Kota Maritim. Disitulah
terdapatnya sebuah rumah api
yang di bina di puncak Bukit Jugra.
Bekas tinggalan istana lama Bukit
Jugra (tidak sempat di
selamatkan)
Istana ini
di bina pada 1876 dimana suatu ketika dulu ia menjadi tempat bersemayamnya
Sultan Selangor pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan (Sir) Abdul Samad Ibni
Almarum Raja Abdullah (1859-1898), iaitu Sultan Selangor ke-4 dan lebih dikenali
sebagai Marhum Jugra. Dataran
Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
yang sangat popular itu merupakan sempena nama baginda. Pada 1898 Sultan
Alauddin Sulaiman Syah
di tabalkan sebagai Sultan Selangor yang ke-5 di Istana
Jugra.
Nama Jugra
juga di ambil sempena kawasan ini pernah menjadi
habitat kera dan di kenali sebagai `Tanjung Kera'. Orang Inggeris menamakannya
`Tanjung Kera' sebagai Jugra mengikut cara sebutan mereka yang tidak fasih
berbahasa Melayu. Nama `Tanjung Kera' di tukar kepada
`Bandar Temasya' oleh Sultan Abdul Samad dan nama Bukit Jugra juga kekal
sehingga kini. Asal usul
kisah pembukaan kampung Bandar ini dan Bukit Jugra saling berkait dengan kisah
kerabat diraja Selangor. Menurut Raja
Kassim Raja Jaafar, antara salah seorang
penduduk yang paling lama menetap di situ, Jugra berasal dari tubuh seorang
puteri Negeri Kedah yang meninggal dunia ketika melarikan diri kerana akan
dinikahkan dengan Raja Riau. Tubuhnya kemudian hanyut ke laut menjadi sebuah
pulau yang berbukit dan mempunyai
tiga buah puncak yang sama tinggi
iaitu :
Kawasan Kompleks Makam
Diraja Jugra
- Bukit 1 - makam2 Diraja
yang meliputi kawasan seluas 5 ekar. Ia di pilih
sebagai kawasan pemakaman keluarga DiRaja Selangor pada 1886 dan di kenali
sebagai Kompleks Makam Diraja. Antaranya Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum
Tengku Abdullah yang mangkat pada 1898 (persemadian). Manakala di luar kompleks
terdapat Makam Almarhum Tengku Musa,
Makan Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan yaakob, Almarhum Tunku
Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhumah Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul
Samad dan Yang Mulia Raja
Kahar.
- Bukit 2 -
Bangunan lama dan kesan2 sejarah untuk pembesar dan kerabat Diraja.
- Bukit 3 -
Pantai dan kawasan Rumah Api Bukit Jugra yang setinggi 146 meter dibina pada
1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia. Terdapat juga bangunan untuk
mencerap anak bulan milik Jabatan Mufti Negeri Selangor
Istana
Bandar Temasya di Kampung Bandar
Sebuah lagi
istana yang dikenali sebagai istana Bandar Temasya, lebih besar di bina di
Kampung Bandar. Lokasinya tidak jauh dari Bukit Jugra dan di beri nama Istana
Alauddin. Sultan
Alauddin Sulaiman Syah mendirikannya istana pada awal zaman pemerintahannya
iaitu pada 1899 yang juga terletak berhampiran dengan Masjid Bandar. Tapak
bangunan ini berhampiran dengan sungai dan jalan raya yang menghubungkan Bandar
Temasya dengan Jugra dan
Klang.
Istana ini
menggambarkan seni bina yang dianggap unik bukan sahaja dari aspek kronologi
sejarahnya tetapi juga dari aspek rekabentuk terutamanya penggabungan senibina
pelbagai bahasa iaitu kolonial dan bahasa tempatan tetapi disesuaikan mengikut
konteks kehidupan dengan elemen bahan binaan dan keupayaan teknologi
moden.
Keseluruhan
istana ini ditutupi dengan bumbung limas yang menggambarkan senibina Aceh, namun
aras bumbung limas ini berbeza2 ketinggiannya kerana
dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran dalam istana.
Fasadnya
berbentuk simetrikal menurut ciri kolonial seperti juga pada tiang2 yang
digunakan
dipengaruhi reka bentuk seni bina Rome dan Gothik serta penggunaan dinding bata
yang tebal. Terdapat juga pengaruh dari seni bina Asia Barat terutamanya dari
segi pahat dan seni ukir yang ada pada bahagian
tingkap dan pintu.
Istana ini
dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan di bina dengan adunan senibina Islam dari
India dan Timur Tengah. Ia turut di bina bersama2 dengan tukang2 Cina mahir yang
menerapkan unsur2 seni ukiran dan ragam hias pengaruh Cina. Selain itu binaan
bangunan istana ini
juga mempunyai landskap yang menarik serta kolam2 yang terletak di bahagian
hadapan istana. Istana dua
tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Bahagian tengah terdapat 2
tingkat mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap, bilik tetamu
raja dan persemayaman baginda. Di bahagian atas mengarah ke utara diadakan
beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding kisi2 batu sebagai
tempat berehat dan jamuan kecil diraja
Istana ini
dibahagikan kepada tiga hierarki ruang yang utama iaitu ruang umum bagi kegunaan
rakyat, ruang separa umum untuk pekerja istana dan ruang persendirian yang
dikhaskan bagi kerabat dan golongan diraja. Ruang yang terletak di tingkat
pertama lebih bercirikan kepada ruang umum dan separa umum manakala ruang di
tingkat bawah terdiri daripada bilik2. Istana ini mempunyai 40 bilik kesemuanya.
Elemen reka bentuk dan bahan binaan keseluruhan bangunan ini dibina daripada
batu-bata dan konkrit. Dindingnya terdiri daripada dinding tanggung beban dan
dinding dari jenis tiang dan alang.
Bahagian
koridor dan bahagian ruang yang luas di tingkat atas menggunakan sistem struktur
rentangan. Lantai bagi ruang tingkat bawah dibina daripada lantai konkrit
berjubin manakala ruang atas keseluruhan istana menggunakan lantai kayu cengal.
Terdapat banyak tangga yang digunakan untuk ke dalam dan keluar istana dan di
antaranya ialah tangga utama pada bahagian hadapan
di mana ia berbentuk melengkung dan diperbuat daripada konkrit serta dihiasi
dengan kekisi dan minaret pada bahagian atasnya. Tangga yang berdekatan bilik
beradu pula dikhaskan untuk golongan kerabat diraja sahaja. Terdapat juga tangga
kayu yang digunakan dan
diperbuat daripada kayu cengal.
Sebahagian
bangunan beratap genting yg menempatkan mahkamah, penjara dan bilik beradu
sultan serta dua orang permaisuri baginda (di kiri dan kanan bilik). Baginda
seorang yg amat berpegang teguh pada ajaran Islam. Pintu gerbang diberi nama
Pintu Kecelakaan kerana ia merupakan laluan utama pesalah yg
akan dibicara dan menerima hukuman. Tangga batu menuju ke kawasan istana yg
masih utuh. Cuma sesetengah bangunan kayunya yg memerlukan pembaikan
dan pemulihan. Sultan Alauddin Sulaiman Shah ditabalkan di
sini. Majlis pertabalan tersebut merupakan majlis utama paling akhir diadakan.
Perigi berbentuk segiempat memang unik. Bila paras airnya meningkat, itu
menandakan air pasang di laut. Jika paras airnya rendah, menunjukkan air laut
surut. Manakala perigi berbentuk heksagon dikatakan laluan rahsia ke terowong
bawah tanah yg mungkin
telah digunakan untuk bersembunyi atau melarikan diri daripada ancaman musuh. Ia
mungkin juga telah menjadi tempat penyimpanan senjata. Perigi ini telah ditimbus
bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini.
Istana ini
mempunyai 27 bukaan tingkap yang mengunakan panel kayu iaitu kayu ram boleh
laras dan saiznya bergantung kepada fungsinya samaada untuk bukaan di ruang
utama awam atau ruang peribadi. Pintunya pula kebanyakannya dibina daripada kayu
dan ia juga bergantung kepada fungsi dan kegunaannya. Struktur tiang bahagian
bawah dibina daripada batu bata dan dipenuhi
dengan ukiran dan motif tumbuhan, manakala struktur tiang di bahagian atas agak
lebih kecil iaitu berukuran 400 m x 400 mm.
Bumbung
bertingkat pula dibina untuk menutupi ruang utama yang dikhususkan untuk
keluarga diraja, ruang dapur dan balai nobat manakala bumbung rata ditambah pada
awal 1900 semasa istana ini diubahsuai. Ia memaparkan hasil karya seni bina yang
berbeza dan merupakan
hasil warisan seni bina yang terunggul di rantau Asia Tenggara
ini.
Setelah
kawasan ini dibuka dan dibangunkan, ramai pendatang dari luar seperti orang
orang Jawa datang bertapak dan memajukan kawasan ini. Maka tidak hairanlah jika
di teliti di kawasan perkampungan di sini ramai terdiri dari kalangan orang2
Jawa dan melayu berketurunan raja. Menurut sejarah, istana ini dibina semasa
berlakunya krisis dalam istana tersebut berkenaan peristiwa ketidaksefahaman
yang berlaku antara isteri Sultan Alauddin iaitu Tengku Ampuan Mahrum dan isteri
baginda dari kalangan orang kebanyakan, Hajah Safiah. Namun begitu pada dua
hingga tiga tahun pertama, istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam
baginda sultan bersama isteri baginda iaitu dari keturunan orang kebanyakan
sehingga isteri baginda mangkat pada tahun 1920-an. Keseluruhan bangunan istana
ini direka bentuk dan dibiayai oleh Sultan Alauddin dan baginda bersemayam di
istana ini lebih kurang 35 tahun.
Walaupun
sejak 1903, setelah baginda di tabalkan dengan rasminya dan bersemayam di Klang,
baginda sentiasa melakukan solat Jumaat di Masjid Bandar di samping bertemu
isterinya, Hajah Safiah di Istana Bandar. Dan istana itu akhiranya benar2 kosong
selepas kemangkatan baginda pada 1938. Sekurang2nya ia telah menjadi satu bukti
kukuh yang Bandar Temasya ini terkenal sehingga 3 dekad pertama pada abad
ke-20. Istana ini
juga merupakan tempat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
diputerakan. Dari
nama Istana Bandar Temasya inilah wujudnya nama kampungku, Kampung Bandar.
Pada 1926
Istana Bandar dijadikan tempat pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah sebagai Sultan ke-7
Selangor.
Selepas
merdeka tahun 1957 istana ditinggalkan kerana pemindahan pusat pemerintahan ke
Kuala Lumpur. Istana ini telah dijadikan Pusat Kraftangan Daerah tetapi
telah dikosongkan semula kerana kurang mendapat sambutan. Pada 1988 istana ini
telah dibaikpulih semula setelah
mengalami kerosakan yang teruk. Istana ini pernah dijadikan Pusat Tahfiz
Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS). Namun
atas alasan2 tertentu, pelajar2 tahfiz berpindah ke Pusat Tahfiz lain yang di
bina tidak jauh dari istana tersebut.
Masjid
Sultan Alaeddin di Kampung Bandar
Selain dari
istana, terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Sultan Alaeddin yang dikenali juga
sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir)
Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu Sultan Selangor yang
ke 5 (1863-1938). Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar
bersebelahan dengan tapak masjid. Masjid ini
telah dirasmikan oleh baginda pada 1926 dan dijadikan masjid negeri Selangor
pada zaman itu. Ia di bina atas ilham baginda sendiri dan baginda sering membaca
khutbah jumaat, Khutbah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji di sini.
Senibina
masjid ini mempunyai ciri2 rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur
Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan,
Sumatera Utara. Sekali pandang pada bentuk masjid ada imbasan arca istana zaman
silam dalam cerita2 dongeng Aladdin dan Kisah 1001 malam. Banyak pengubahsuaian
dan tambahan telah dijalankan terutama sekali pada bahagian dalamannya.
Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala
sebelah dalam kubah telah di litupi dengan siling kayu dekoratif, di hiasi
dengan motif kalimah syahadah dan nama2 Khulafa' Arrasyidin.
Bentuk asal
kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa
lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat
tambahan. Bangunan utama masjid yang berkubah di kelilingi oleh dinding tinggi
bertingkap jeriji. Disetiap sudut terdapat menara yang sederhana
tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula di bina menara azan
bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan dipuncaknya.
Keseluruhannya ibarat kubu kota
pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
Menyingkap
latarbelakang, nama penuh baginda adalah Sultan Alaeddin Sulaiman Syah bin Raja
Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Syah bin
Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah - Sultan Selangor pertama) bin Upu Daeng Celak
(Yamtuan Muda Riau ke-2). Memperhatikan jalur
keturunan di atas dapat dipastikan bahawa dari sebelah ayah baginda, Sultan
Sulaiman adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan
dari sebelah ibu baginda adalah keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk neneknya,
Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang terkenal, iaitu Raja
Haji asy-Syahid fi Sabilillah yang meninggal dunia dalam peperangan melawan
Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784 Masihi. Raja Haji secara
rasminya dianugerah sebagai Pahlawan Nasional Indonesia yang disertai dengan
Piagam dan Tanda Kehormatan Bintang Mahaputera Adipradana pada 11 Ogos 1997 oleh
Presiden Republik Indonesia yang ditandatangani oleh
Soeharto.
Apapun, masjid inilah selalu diadakan majlis2
keagamaan bagi mengeratkan ukhwah sesama penduduk kampung. Sewaktu kecil dahulu
aku selalu jua melibatkan diri dalam acara Maulidur Rasul, Musabaqah mahupun
mengaji di sini. Ya, rumahku jua memang tidak jauh dari lokasi Istana dan Masjid
Bandar tersebut.
Sumber
: PROF. DR. MOHAMAD TAJUDIN MOHAMAD RASDI ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina
Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai, Johor.